KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengambil pendekatan matang bagi memperkukuh hubungan dengan kerajaan Persekutuan atas semangat federalisme demi kesejahteraan rakyat.
Menteri Besar Kelantan yang baharu dilantik Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata hubungan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang kukuh penting untuk manfaat semua khususnya rakyat.
"Selain itu, kita juga akan teruskan legasi membangun bersama Islam (MBI)...dasar ini terbukti meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran dan kemakmuran negeri serta kebajikan rakyat.
"Turut menjadi keutamaan saya ialah untuk menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira latar belakang kaum," katanya.
Mohd Nassuruddin berkata demikian pada sidang media pertama beliau sebagai Menteri Besar Kelantan di bangunan MABNA-MBI, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, meletakkan ibu jari pada mesin perakam waktu pada 8.30 pagi ini bagi memulakan tugas hari pertamanya sebagai Menteri Besar.
Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan Pejabat Menteri Besar sebelum memulakan tugas.
Mohd Nassuruddin, yang merupakan Menteri Besar Kelantan ketiga selepas PAS mengambil alih Kelantan pada 1990, berkata barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang telah diperkenan dan dilantik Sultan Kelantan adalah saf kepimpinan seimbang dan terbaik daripada pelbagai bidang khususnya ulama, teknokrat dan profesional.
"Apa yang penting konsep musyawarah merupakan asas kekuatan pada kerajaan ini seperti yang diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini. Saya harap semua pihak dapat memberikan sokongan untuk meneruskan legasi MBI," katanya.
Semalam, Mohd Nassuruddin mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian. Sembilan ADUN turut mengangkat sumpah sebagai Exco Kelantan.
Beliau berkata portfolio kesemua Exco berkenaan akan disusun dan diumumkan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Mohd Nassuruddin ditemui pemberita selepas mengimbas cap jari pada mesin perakam waktu elektronik pada hari pertama memulakan tugas secara rasmi di Pejabat Menteri Besar, di MABNA MBI, Kompleks Kota Darulnaim hari ini. -Bernama
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam
Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan mempertimbangkan agar pengisian perjawatan tetap sehingga mencapai siling yang ditetapkan iaitu 92 peratus diluluskan.
Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.
Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.
Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo
Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.
Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM
PM dan MB Johor bincang pelbagai perkara berhubung kait tatakelola dan peruntukan bagi pembangunan dan ekonomi Negeri Johor.
Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji
Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.
Johor zahir terima kasih kepada kerajaan Persekutuan luluskan peruntukan banjir
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta.
"Prestasi negeri Selangor merosot selepas saya tinggalkan jawatan MB" - Azmin
Kerjasama baik di antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dijalin oleh pentadbiran Selangor.
Pembangunan Johor selari dengan kerajaan Pusat - Onn Hafiz
Kerajaan Johor membayangkan pembangunan negeri ini akan seiring dengan kerajaan Persekutuan, sekali gus menjadikan agenda kemajuan negeri dari pelbagai sudut dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.